Mangsa, Muhammad Fakri Amin Mohamad Asri,13, dipercayai dihanyutkan ombak besar kira-kira pukul 6.15 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Penolong Penguasa Bomba Yus Heary Mahmud berkata, mangsa dikatakan berdiri di atas batu benteng pemecah ombak dan secara tiba-tiba terjatuh ke dalam air.

“Kakaknya Noor Attiah, 20, dan seorang lagi rakannya cuba menyelamatkan mangsa namun gagal disebabkan ombak besar,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Menurutnya,  pihaknya telah berusaha menjalankan gerakan mencari dan menyelamat selepas  menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.19 petang.

"Gerakan mencari dihentikan sementara pada pukul berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan namun pemantauan di pesisiran pantai itu masih diteruskan.

"Mangsa berasal dari Lundang, Kota Bharu datang ke lokasi itu bersama keluarganya," katanya. - UTUSAN ONLINE