Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Mohd. Asroy Mohd. Yahaya berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pukul 7. 41 pagi sebelum dua jentera dari Balai Yong Peng dan Ayer Hitam bergegas ke tempat kejadian.


“Kebakaran melibatkan sebuah reban ayam dua tingkat. Punca sebenar kejadian masih lagi dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.- UTUSAN ONLINE