Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri, Zainal Yusof berkata, kesemua mangsa daripada tujuh buah kampung itu ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara.


“Seramai 10 mangsa ditempatkan di Balai Raya Kampung Temau, Balai Raya Kampung Ulu Sungai (34 orang), Balai Raya Kampung Sega Lama (30 orang), Dewan Kampung Pia (96 orang), Sekolah Kebangsaan Chenua (46 orang), Balai Raya Ulu Renggol (tiga orang) dan Masjid Kuala Semantan seramai 31 mangsa,” katanya di sini hari ini.


Menurut Zainal, paras air Sungai Lpis pada masa ini berada pada tahap bahaya iaitu 115.25 meter dengan trend menaik manakala paras air Sungai Dong dan Sungai Gali berada pada tahap amaran masing-masing pada paras 118.48 meter dan 122.32 meter. 


Kejadian banjir berkenaan adalah kali kedua melanda daerah ini dalam tempoh seminggu selepas 71 mangsa membabitkan 19 keluarga dipindahkan pada 2 Disember lalu. - UTUSAN ONLINE