Menurut seorang pemilik akaun Twitter, Syafiqaghafar, banjir tersebut berlaku dihadapan kompleks beli-belah itu menyebabkan ratusan kenderaan yang menghala ke bandar Puchong tersekat.

“Jalan dari IoI Puchong Mall sampai ke pusat bandar Puchong tersekat. banjir teruk. hati hati semua @plustrafik,” katanya menerusi akaun Twitter miliknya. - UTUSAN ONLINE