Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Rangka pesawat Hawk 108 ditemukan

Kawasan Hawk terhempas
Kawasan di mana pesawat Hawk 108 terhempas semalam terletak berhampiran Kampung Yak Yah di Mukim Hulu Cukai, Kemaman. - UTUSAN ONLINE/GAMBAR IHSAN TUDM

KUALA LUMPUR 16 Jun - Operasi Mencari dan Menyelamat oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah berjaya mengesan kedudukan rangka pesawat Hawk 108 yang terhempas semalam berdekatan Kampung Yak Yah, Chukai, Terengganu pada jam 10.27 pagi.

Operasi tersebut dilancarkan sejak semalam bersambung pada jam 7.00 pagi hari ini menggunakan pesawat helikopter EC725.

Semalam, Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, dan Mejar Mohd. Hasri Zahari, 31, terbunuh selepas pesawat Hawk 108 yang digunakan ketika menjalani latihan terhempas di Chukai, Kemaman, Terengganu sebelum terputus hubungan pada jam 11.30 pagi.

Mayat kedua-dua juruterbang itu ditemui 20 meter antara satu sama lain lengkap dengan payung terjun masing-masing, kira-kira pukul 2.30 petang di kawasan berhampiran Kampung Chukai, dekat Kemaman.-UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain