Walau bagaimanapun MMC Gamuda memberitahu, sebagai langkah berjaga-jaga, pihaknya telah meningkatkan lagi pemeriksaan keselamatan terhadap kesemua rangka penyokong sedia ada.

“Kami bagi pihak MMC Gamuda, Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp) dan anak-anak syarikat ingin merakamkan ucapan takziah dan simpati terhadap mangsa-mangsa yang terlibat ,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 malam tadi, seorang pekerja pembinaan maut manakala seorang lagi cedera selepas sebuah kren di tapak pembinaan landasan MRT di Jalan Jinjang, di sini tumbang.

Pemeriksaan awal mendapati sebuah kren di tapak pembinaan landasan itu menggelungsur dan tumbang.

MMC Gamuda memberitahu, MMC Gamuda, MRT Line – Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) dan Mass Rapid Transit Corp. Sdn. Bhd. memandang serius insiden itu dan sedang menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca kejadian. -UTUSAN ONLINE