Hampir 1,000 penduduk setempat  selain saudara mara dan sahabat handai sudah menunggu lebih awal ketibaan jenazah empat beranak malang itu dan kemudian mengiringi  ke tanah perkuburan.

Bagi  Mazlan Mohd Rashid,54, malam tadi merupakan Ramadan terakhir buatnya bersama isteri dan tiga daripada lima anaknya, dengan pemergian mereka secara serentak dalam keadaan yang sangat mengejutkannya.

Tiada kata yang dapat diungkapnya bagi menggambarkan kesedihannya ketika ditemui  di tanah perkuburan  tetapi reda dengan ujian paling berat yang dilaluinya itu, apatah lagi ketika menjelang ketibaan Aidilfitri.

“Saya terima Allah ambil mereka dahulu. Kita pun tidak boleh jangka giliran kita pula, sampa masa kita akan pergi juga,”ujarnya.

Kemalangan kira-kira pukul 9 pagi itu berlaku apabila kereta yang dipandu anaknya Mohd Mohd Shahrul Ikram,20, semasa dalam perjalan pulang membeli-belah keperluan Aidilfitri di Kuala Lumpur terbabas lalu merempuh penghadang jalan.

Rempuhan yang dikuat menyebabkan kenderaan itu remuk dan meragut nyawa isteri Mazlan,  Azian Abdulah, 50, di samping tiga anaknya Fatin Najwa Mazlan, 27,  Fatin Nur Ardiana Mazlan, 15 dan Mohamad Danish Najmi Mazlan, 10 manakala  Fatin Nur Athirah Mazlan, 19, cedera parah dan dikejarkan hospital Sultan Haji Ahmad Shah, (Hoshas) Temerloh dan Mohd Shahrul Ikhram hanya cedera ringan. - UTUSAN ONLINE