Pelanggaran menyebabkan kapal korek itu separuh tenggelam.

Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) yang dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira 12.40 tengah malam berkata 11 lagi anak kapal itu merupakan warga China.

Ia berkata tujuh daripada anak kapal telah dibawa untuk rawatan di Hospital Umum Singapura  sementara lima lagi tidak  dapat dikesan.

MPA berkata 26 orang anak kapal KARTIKA SEGARA tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kejadian dilapor berlaku ketika kapal korek itu sedang berlepas dari laluan barat sementara kapal tangki itu sedang menuju laluan timur.- BERNAMA