Mangsa yang merupakan tenaga pengajar di Universitas Darussalam Gontor, Surabaya itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut jurucakap Wisma Putra, kemalangan berlaku kira-kira pukul 4.30 petang waktu tempatan ketika mangsa yang berasal dari Pulau Pinang itu membonceng sebuah motosikal dalam perjalanan pulang ke kampusnya.

“Mangsa dikatakan cuba memotong sebuah lori dari arah kanan namun gagal sebelum terbabas lalu tercampak ke jalan.

“Kita sedang berhubung dengan waris mangsa bagi mendapatkan maklumat lanjut,” katanya ketika dihubungi Utusan Online, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE