Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, sukarelawan berkenaan akan digerakkan secara berperingkat-peringkat mengikut keperluan.

Menurutnya, misi bantuan itu melibatkan Puteri UMNO Pulau Pinang, Perlis dan Perak.

"Antara tempoh yang paling mencabar adalah semasa menghadapi bah dan selepasnya. Oleh itu, sukarelawan berkenaan akan digerakkan mengikut fasa tertentu," katanya ditemu selepas melawat Kompleks Kraf Johor di Larkin, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE