Menurut Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Leftenan Kolonel Effendy Ali, Pusat Pemindahan Sementara Banjir di Sekolah Kebangsaan Tehel yang merupakan pusat pemindahan terakhir beroperasi telah ditutup pada pukul 6 petang tadi.

Baru-baru ini, lebih 500 mangsa telah ditempatkan di beberapa pusat pemindahan di daerah Jasin dan Alor Gajah ekoran banjir kilat yang melanda negeri ini. - UTUSAN ONLINE