Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 2.35 pagi dan pihaknya menerima panggilan kecemasan empat minit kemudian.

“Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih dan Kajang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Apabila tiba kita mendapati kebakaran melibatkan longgokan tayar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan serta kemalangan jiwa dalam insiden itu.- UTUSAN ONLINE