Mohamad Fauzi, 47, dan dua anak lelakinya yang berusia 18 dan 14 tahun ketika itu sedang dalam perjalanan ke Pulau Pinang sebelum kereta yang dinaiki terbabas.

Kejadian berlaku apabila beliau yang juga jurukamera Astro Awani, cuba mengelak air yang bertakung sebelum hilang kawalan lalu keretanya terbalik di bahu jalan.

"Saya dalam perjalanan untuk menghantar anak saya menyertai pertandingan bowling di Pulau Pinang sebelum tiba di kawasan tersebut dan hilang kawalan lalu terbabas.

"Apabila kereta sudah terbalik, saya mengarahkan kedua-dua anak keluar mengikut pintu sebelah penumpang untuk menyelamatkan diri kerana bimbang berlaku apa-apa kerana pada masa itu bau minyak sangat kuat," katanya ketika dihubungi. - UTUSAN ONLINE