Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor, Al Hafiz Asmuni berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang ramai mengenai kejadian itu kira-kira pukul 4.10 petang sebelum tiba di lokasi kejadian 15 minit kemudian bersama tiga buah jentera FRT serta 20 anggota termasuk pegawai.

"Semasa kejadian, kita dapati api sedang marak dan menyebabkan 70 peratus premis berkeluasan 266 meter persegi itu musnah.

"Bagaimanapun, api berjaya dikawal dalam tempoh 10 minit kemudian dengan bantuan daripada BBP dari Kapar dan Bestari Jaya," katanya, di sini hari ini.

Tambah Al Hafiz, tiada kemalangan dijiwa dilaporkan manakala kesemua pekerja premis terbabit berjaya melarikan diri sebaik sahaja kejadian itu berlaku.

Setakat ini pihaknya masih menyiasat punca sebenar kejadian termasuklah anggaran nilai kerugian sebenar. - UTUSAN ONLINE