Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, bangunan berdinding kayu dengan binaan tiang konkrit itu dibina pada 1983 menempatkan dua anggota.

“Ketika kejadian tiada anggota berada di pondok berkenaan yang mana seorang daripada mereka keluar makan.

“Kejadian disedari penduduk kampung. Siasatan masih diteruskan dan antara yang musnah ialah senjata api serta peralatan komunikasi,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE