Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ng Ah Lek berkata mereka dikenalpasti sebagai O Kui Lim 49, dan Tchee Kiom Joong, 24, yang masing-masing berasal dari Kuching.

"Manakala seorang lagi, Chin Hsien Loong, 29, dari Butterworth, Pulau Pinang," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Dua daripada lelaki yang maut itu dipercayai pekerja Nene Chicken, sebuah restoran dalam City One Megamall itu.

Mereka disahkan mati di tempat kejadian disebabkan terhempap struktur bangunan semasa letupan berlaku pada 3.30 petang tadi.

Dalam kejadian itu, 28 orang turut cedera, termasuk empat yang parah.

Kejadian dipercayai berpunca daripada letupan gas di kedai Nene Chicken yang akan mula beroperasi esok, semasa para pekerja pekerja restoren tersebut sedang membuat persiapan. - BERNAMA