Ketua Polis Daerah Timur Laur, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kerja menyelamat itu akan digerakkan segera termasuk menggunakan laluan mendaki selepas kawasan tersebut terputus hubungan jalan raya.

“Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga akan membuat pemantauan menggunakan helikopter bagi menghulurkan bantuan sekiranya misi tersebut gagal,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan tiga sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun terkandas di Bukit Bendera sejak Sabtu lalu dan mereka mengalami kesukaran selepas bekalan makanan dan air terputus. - UTUSAN ONLINE