Kejadian pukul 6 petang itu berpunca daripada hujan lebat selain tiupan angin kencang yang mengakibatkan pokok berkenaan tumbang sehingga menghalang pergerakan pengangkutan awam tersebut.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan dari orang ramai kira-kira pukul 6.21 petang tadi sebelum tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian.

“Seramai sembilan orang anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh telah dikejarkan ke lokasi untuk mengawal keadaan.

“Tiada mangsa yang tercedera dalam insiden berkenaan namun pihak kami terpaksa menaiki lokomotif bersama anggota KTMB bagi melakukan kerja-kerja mengalihkan kerja-kerja mengalihkan pokok,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE