Penguasa Bomba Selangor Muhamad Hissam Sidik berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai perkara terbabit pada pukul 3.58 petang dan lapan anggota telah pergi ke tempat kejadian.

“Sampai di tempat kejadian didapati sebatang pokok tumbang ke atas rumah. Bagaimanapun, tiada mangsa yang cedera dan pokok tersebut kemudiannya dipotong dan dibersihkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE