Dalam kejadian pada pukul 1 pagi itu mengakibatkan sebuah rumah jenis struktur separuh kekal dua tingkat musnah terbakar kira-kira 60 peratus.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, seramai 18 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri dan BBP Lopeng dikerahkan ke lokasi kejadian untuk melakukan kerja-kerja pemadaman api.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, pasukan bomba mendapati api sedang marak dan penghuni kediaman itu telah menyelamatkan diri.

“Operasi memadam kebakaran terkawal sepenuhnya pada pukul 3.40 pagi. Dua mangsa yang melecur pada kaki dan tangannya kemudian diberi rawatan sebelum dihantar ke Hospital Miri,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, buat masa ini pihaknya masih menyiasat punca kebakaran dan jumlah kerugian. - UTUSAN ONLINE