Oleksandr Shcherbinin, 57, sebelum itu mengalami sesak nafas di bilik penginapannya dan rakan sebiliknya menghubungi pihak hotel untuk bantuan sebelum dia dihantar ke HPP dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, mangsa yang menyertai sukan bolasepak mendaftar masuk ke hotel itu pada 12 September lalu bersama rakan sepasukannya.

"Mangsa disedari mengalami seasak nafas pada pukul 6.45 pagi oleh rakan sebiliknya yang menghubungi pihak hotel dan dibawa ke HPP dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Dia disahkan meninggal dunia pada pukul 9.14 pagi dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah pembengkakan pada paru-paru dan jantung. Tiada unsur jenayah dikesan dan kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE