Dalam kejadian kira-kira pukul 3.20 petang itu, pemandunya, Barry Allen Foster, 66, terselamat.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, pesawat itu dilaporkan terhempas semasa melakukan operasi meracun ulat bungkus di Felda Keratong 2, Rompin.

"Mangsa bagaimanapun tidak mengalami kecederaan namun dibawa ke Pusat Kesihatan Tun Razak untuk pemeriksaan kesihatan," katanya di sini hari ini.

Menurut Azli, pesawat ringan berkenaan milik Syarikat Woorayi Air Services.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya mendapat panggilan berhubung kejadian tersebut pada pukul 3.20 petang.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah dan operasi terkawal pada pukul 6.40 petang," katanya. - UTUSAN ONLINE