Dalam kejadian pukul 12.51 tengah hari itu, Datuk Anuar Hassan, 48, dan isterinya, Siti Norlaila Abu Bakar, 46, bersama pembantu peribadinya, Muhammad Abdul Salleh, 28, serta juruterbang, Wan Mohd. Faizul Rizal, 35, mengalami cedera ringan dan lebam akibat terhantuk.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, pesawat jenis Cirrus 9M-ZWR itu berlepas dari Lapangan Terbang Senai, Johor untuk ke Pulau Tioman.

"Ketika hendak mendarat, pesawat berkenaan hilang kawalan akibat angin lintang menyebabkannya tergelincir daripada landasan. Kelajuan angin ketika itu adalah 10 knot.

"Semua mangsa terselamat dan hanya mengalami cedera ringan akibat terhantuk ketika kejadian," katanya, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE