Pengurus Kanan KKIA, Sunif Naiman berkata, pesawat ringan yang membawa tiga penumpang itu baru sahaja berlepas dari lapangan terbang tersebut pada pukul 1.30 petang.

“Bagaimanapun, sebaik sahaja berlepas, kita menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.34 petang yang mengatakan pesawat itu mengalami kecemasan selain memohon untuk melakukan pendaratan cemas.

“Saya juga sedang menunggu laporan penuh tujuan pesawat itu serta punca pilot pesawat membuat pendaratan cemas.

“Sebarang maklumat akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE