Dalam kejadian pukul 11.40 malam itu, mangsa, Che Yam Daud, 53, yang memandu kereta jenis Perodua MyVi mati ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Machang.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Dzulkifli Ab Ghani berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta Proton Saga yang datang dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Krai telah masuk ke laluan yang bertentangan sebelum merempuh kenderaan yang dipandu pesara guru terbabit.

Katanya, sebuah lagi kereta jenis Honda Stream yang berada di belakang kenderaan yang dipandu mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggarnya.

“Nahas ini menyebabkan seorang maut, empat parah dan seorang cedera ringan.

“Semua mangsa yang terlibat mendapat rawatan di Hospital Machang,” katanya. - UTUSAN ONLINE