Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, rumah jenis separuh kekal berkenaan dipercayai musnah dalam tempoh kurang 15 minit.


Mangsa, Jasmah Ahmad, 63, berkata, dia bersama empat anak baru selesai berbuka puasa ketika kejadian sebelum menyedari bahagian dapur sudah mula disambar api.


“Saya dan anak-anak cuba memadamkan kebakaran itu dengan menyimbah air namun api marak dengan cepat hingga menjulang mencecah atap zink,” katanya ketika ditemui di sini, malam tadi.


Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Penggaram, PBK II Mishan Rusdan memaklumkan, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai.


“Seramai tujuh anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengawal kebakaran yang memusnahkan keseluruhan rumah tersebut, namun tiada kemalangan jiwa dalam kejadian itu,” katanya. -UTUSAN ONLINE