Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, Arijan Osman, 50, dan isterinya, Intan Shahirah Abdullah, 50, berada di rumah berkenaan semasa kejadian bersama anak prempuan sulungnya, Nurul Ain Arijan, 25.

Menurut Arijan, dua lagi anaknya tiada di rumah ke­rana masing-masing berada di kolej dan asrama.

“Sebelum kejadian, isteri memberitahu telah terbau ha­ngit sebelum nampak cahaya berkelip-kelip di bahagian da­pur. Setelah diperiksa, api marak menyambar dinding dan bumbung rumah sebelum memanggil saya yang ketika itu berada di dalam bilik.

“Kami sekeluarga kemudian keluar dari rumah dan pergi ke pusat tahfiz berhampiran untuk mengambil alat pema­dam api, namun kebakaran gagal dipadamkan,” katanya yang melaporkan kejadian itu kepada pihak bomba.

Tambah Arijan, walaupun rumah pusaka yang didiami itu hangus 100 peratus, namun dia tetap bersyukur ke­rana semua ahli keluarganya tidak menjadi korban dalam kejadian tersebut.

Namun, dia menyatakan kesedihan mengenangkan pe­­lamin, baju pengantin dan 11 dulang hantaran terma­suk wang tunai perkahwinan anaknya yang akan berlangsung 18 Ogos ini musnah dalam kejadian itu.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Alhafiz Asmuni berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pukul 12.33 tengah malam.

Menurutnya, seramai sembilan anggota dan pegawai dengan sebuah jentera FRT dikejarkan ke tempat kejadian dengan bantuan daripada BBP Bestari Jaya.

Menurutnya, rumah ma­ngsa berkeluasan kira-kira 260 meter persegi itu musnah 100 peratus, manakala api berjaya dikawal sepenuhnya pada pu­kul 2.45 pagi.

Orang ramai yang ingin me­nghulurkan bantuan kepada keluarga Arijan boleh me­nyalurkan sumbangan me­ne­rusi akaun Hong Leong Bank 03650500287 atas nama Arijan Osman atau menghubungi Intan Shahirah di 018-2400698.