Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, kumpulan khas akan dibentuk untuk menyalurkan bantuan tersebut kepada penduduk yang terlibat banjir dan akan digerakkan ke negeri itu secepat mungkin.

“Tiga kumpulan akan dibentuk untuk mengenalpasti kawasan yang akan disalurkan bantuan mengikut keperluan mangsa banjir di Pulau Pinang,” katanya katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Zambry, sumbangan itu sebagai tanda simpati terhadap mangsa banjir di Pulau Pinang.

“Saya harap bantuan ini tidak menjadi isu politik kerana banjir yang berlaku merupakan masalah kemanusiaan apatah lagi Pulau Pinang jiran kita dan masalah rakyat merentasi soal politik,” katanya. - UTUSAN ONLINE