Mangsa, Aslan Mohd. Yasin, 41, yang beralamat di Kampung Lukut, Kota Tinggi merupakan penyelia dan kilang tersebut sudah ditidak beroperasi sejak dua bulan lalu dan kini dalam proses pemindahan mesin-mesin di situ.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais, pada pukul 10.30 pagi mangsa menjalankan proses pemindahan mesin-mesin yang berada dalam jabatan ke bahagian-bahagian yang lain dalam kilang tersebut.

“Mangsa bersama-sama tiga pekerja lain termasuk adik kandungnya mula menjalankan kerja-kerja memindahkan mesin tersebut ke bahagian yang lain dengan lancar seperti diarahkan oleh pihak syarikat.

“Pada 11.30 pagi, semasa kerja-kerja pemindahan mesin sedang dijalankan, tiba-tiba mesin seberat 20 tan yang dialaskan dengan menggunakan tiga unit papan beroda secara tiba-tiba telah tumbang.

“Tiga rakan mangsa termasuk adik mangsa berjaya menyelamatkan diri tetapi mangsa gagal melarikan diri dan telah dihempap mesin tersebut di bahagian dada,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Katanya, pihak ambulan dari Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini yang datang memberi bantuan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Beliau berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Tebrau yang sampai di lokasi kejadian pada pukul 12.15 tengah hari kemudian berjaya mengeluarkan mayat dari bawah mesin tersebut.

Tambahnya, mayat dihantar ke Unit Forensik HSI untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan dalam kejadian itu tiada unsur-unsur jenayah atau sabotaj. - UTUSAN ONLINE