Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat negeri, Tiong Ling Hii, pihaknya mendapat maklumat dari Balai Polis Lundu memaklumkan kejadian itu kira-kira 12.47 tengah hari tadi.


“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Lundu terus bergerak ke lokasi kejadian.


“Mangsa lemas, Alan Abg. Udin telah ditemukan kira-kira pukul 2.59 petang dan usaha membawa turun mangsa dari air terjun ke Kampung Jantan dijangka mengambil masa dua jam,” katanya ketika dihubungi di sini tadi - UTUSAN ONLINE