Muhammad Ashraf Amran, 19, ke kawasan air terjun berkenaan kira-kira pukul 3.15 petang untuk mandi bersama tujuh rakannya.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Anuar Hasan berkata, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima maklumat tentang kejadian itu pada pukul 3.30 petang.

"Mayat mangsa dijumpai pada pukul 6.01 petang.

"Mayatnya diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE