Mayat Muhammad Haziq Hamidi, 19, dari Balok di sini ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat pukul 12.40 tengah hari.

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, Mohd. Sani Harul berkata, mayat mangaa ditemukan terdampar di benting pasir belakang rumah pam Simpang Mayong kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi kejadian.

Akhbar hari ini melaporkan seorang penuntut Kolej Vokasional Kuantan dikhuatiri lemas manakala seorang rakannya berjaya diselamatkan orang awam selepas dihanyutkan arus ketika mandi di kawasan perkelahan Sungai Pasir Kubur, Sungai Lembing di sini semalam.

Mangsa yang berjaya diselamatkan, Mohamad Shahrel Izwan Mat Alias, 19, dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini. - UTUSAN ONLINE