Mayat mangsa, Mohammad Azzrin Abdul Rahim, 20, dari Alor Gajah, Melaka ditemukan kira-kira pukul 8 malam selepas dikatakan turun ke air terjun berkenaan untuk melepaskan kail yang tersangkut.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintenden Norzamri Abd. Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 5.10 petang memaklumkan kejadian dan gerakan mencari dan menyelamat dilancarkan.

“Pasukan penyelamat disertai penduduk kampung memulakan operasi dan mayat mangsa ditemukan tiga jam kemudian.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat dan siasatan awal mendapati mangsa memancing bersama rakan-rakan,” katanya di sini hari ini. UTUSAN ONLINE