Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, dalam kejadian pukul 12.35 tengah hari itu, mangsa Muhammad Hilmi Danesh Mohd Zaki, 18, terjatuh dan diseret kira-kira 12 meter di atas jalan.

“Mangsa maut di tempat kejadian manakala pemboncengnya, Miza Farzana Mat Shuri, 18, cedera ringan dan dihantar ke Klinik Kesihatan Tanjung Malim untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE