Dalam nahas kira-kira pukul 6.30 pagi itu, mangsa, Mohamad Hafiz Mat, 28, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kenderaan berat tersebut berhenti di lorong kecemasan kerana tayar belakang sebelah kirinya yang pecah.

"Mangsa yang menunggang motosikal di lorong kecemasan gagal mengelak lalu merempuh bahagian belakang lori tangki tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kata beliau, akibat rempuhan itu, mangsa yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialaminya.

"Pemandu lori tangki berusia 48 tahun itu namun tidak mengalami sebarang kecederaan," ujarnya.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE