Kejadian berlaku kira-kira pukul 12.04 tengah hari ketika mangsa, lelaki berusia 32 tahun yang baru keluar dari susur laluan motosikal Plaza Tol Penchala tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian belakang lori berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan.

"Siasatan awal juga mendapati lori tersebut memberhentikan kenderaan di kawasan yang terdapat papan tanda larangan berhenti.

"Ketika kejadian, lori berkenaan juga sarat dengan muatan simen dan kita sedang siasat mengapa pemandu lori berusia 54 tahun itu berbuat demikian," katanya ketika di hubungi, di sini hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE