Dalam kejadian pada pukul 6.30 petang itu, mangsa, Nun Arimanshah Zainun, disahkan maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan anggota badan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, siasatan awal mendapati kereta jenis Axia yang dipandu oleh Mohamad Zul Khalili Azali, 27, berhenti dilakukan kecemasan ekoran mengalami kerosakan di bahagian tayar.

“Pemandu itu turut memasang segi tiga keselamatan sejauh tiga meter kenderaannya sebelum mangsa secara tiba-tiba merempuh bahagian belakang kereta tersebut.

“Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha FZ150 maut di tempat kejadian manakala pemandu kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Tambahnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE