Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Mohd. Faisal Mohd. Noor berkata, ketika kejadian pukul 1 petang itu, mangsa Aliff Fayyadh Abdol Rahman, 22, dalam perjalanan dari arah Port Dickson ke Sua Betong di sini.

Bagaimanapun, katanya, apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal lelaki itu dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

"Motosikal mangsa telah bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun bersama dua penumpang.

"Akibat rempuhan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Pemandu dan penumpang kereta tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya, di sini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE