Dalam kejadian kira - kira pukul 7.15 pagi tadi, mangsa, Mohamad Arif Musa, 23, maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorziany Mohd. Noor berkata, kejadian berlaku apabila sebuah kereta dipandu seorang nelayan berusia 39 tahun hilang kawalan setibanya di lokasi dan terbabas.

Katanya, kereta berkenaan dari arah Titi Mukim ke Kuala Muda kemudian melanggar sebatang pokok menyebabkan dahannya patah dan jatuh di atas jalan.

“Motosikal mangsa yang datang dari arah sama tidak sempat mengelak dan melanggar dahan pokok berkenaan yang menghalang laluan menyebabkan penunggangnya tercampak,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, mayat mangsa di hantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE