Dalam kejadian pukul 11.08 pagi, mangsa Mohammed Naguib Mohd. Jumit, 46, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dadanya.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, kejadian berlaku apabila kedua-dua kenderaan tersebut sedang menunggu lampu isyarat di simpang tiga di lokasi kejadian.

“Setelah lampu isyarat bertukar warna hijau, treler tersebut bergerak tanpa menyedari mangsa yang menunggang motosikal Yamaha LC berada di hadapannya.

“Ekoran itu treler tersebut menggilis mangsa mengakibatkan mangsa mengalami cedera parah di kepala dan dada meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pemandu treler tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE