Mayat mangsa, S. Punaveswaran, 31, ditemukan terbaring oleh penduduk kampung kira-kira 10 meter dari motosikalnya pada pukul 12.15 tengah malam.

Ketua Polis daerah, Superintenden Noorzainy Mohd. Noor berkata, berikutan kejadian itu, seorang kelindan lori berumur 31 tahun ditahan selepas mengaku terlanggar mangsa semasa tampil membuat laporan di Balai Polis Nilai, Seremban.

“Lelaki itu yang memandu kereta Proton Wira mengaku terlanggar mangsa kira-kira pukul 10.30 malam ketika dia dalam perjalanan ke Kemayan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Noorzainy, lelaki berkenaan ditahan reman selama empat hari di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE