Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang tadi, mangsa, Loh Chan Lee, 44, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di hampir keseluruhan badan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kejadian berlaku apabila mangsa dari Sungai Petani, Kedah yang dalam perjalanan ke Georgetown melanggar bahagian belakang sebuah kereta yang berhenti di lorong kecemasan akibat kehabisan minyak.

Katanya, akibat rempuhan berkenaan, motosikal mangsa tercampak ke tengah jalan dan digilis pula oleh sebuah treler yang datang dari arah sama.

"Mayat mangsa dihantar ke Hopsital Kepala Batas untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katany. - UTUSAN ONLINE