Mangsa Sapri Siddi, 24, dari Kampung Sungai Imam, Tawau disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Tawau manakala pemandu teksi berkenaan iaitu Pandu Mengke, 58, dari Kampung Pasri Putih, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berpunca daripada kecuaian penunggang motosikal itu.

“Teksi terbabit dipandu dari arah bandar Tawau menghala ke Bombalai dan tiba-tiba motosikal yang datang dari arah bertentangan dipercayai sedang memotong kenderaan di hadapannya telah masuk ke laluan teksi lalu bertembung.

“Akibat rempuhan itu, motosikal jenis Honda dan teksi Proton Iswara milik kedua-dua mangsa mengalami kerosakan di bahagian hadapan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Fadil menambah, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987. - UTUSAN ONLINE