Ketika kejadian kira-kira 11.50 malam itu, mangsa, D. Ananthan, 27, dalam perjalanan dari Bukit Beruntung ke Sungai Choh.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, apabila sampai di tempat kejadian, mangsa telah memasuki lorong bertenta­ngan dan merempuh lori di depannya.

“Mangsa meninggal di tempat kejadian dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

“Pemandu lori berumur 49 tahun tidak mengalami kece­deraan,” katanya dalam kenya­taan di sini hari ini.

Tambah Bak Phai, motosikal dan lori yang terlibat dalam kemalangan itu ma­sing-masing remuk di bahagian hadapan.