Dia kemudiannya dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hosital Seberang Jaya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, sebanyak 59 buah rumah rosak pada bahagian bumbung dalam kejadian yang bermula kira-kira pukul 6.35 petang itu.

Menurutnya, turut rosak adalah Balai Polis Sungai Dua dan sebuah bank di Jalan Raja Uda yang pecah cermin hadapan.

“Antara kawasan yang terjejas teruk adalah Kepala Batas, Seri Pinang, Teluk Ayer Tawar, Sungai Dua, Mak Mandin dan Butterworth selain Tasek Gelugor.

“Mujurlah tiada sebarang kemalagan jiwa dalam kejadian itu dan pada masa ini keadaan cuaca baik,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE