Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut kemalangan

KAKITANGAN perubatan memeriksa Lee Man Long yang maut dalam kemalangan di Kilometer 12.7 Jalan Genti
KAKITANGAN perubatan memeriksa Lee Man Long yang maut dalam kemalangan di Kilometer 12.7 Jalan Genting Highlands di Bentong, Pahang hari ini.

BENTONG 16 Julai - Seorang lelaki maut selepas motosikal jenis MV Augusta yang ditunggangnya hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 12.7 Jalan Genting Highlands, di sini hari ini.

Ketua Polis daerah, Superintenden Mohamad Mansor Mohd. Nor berkata, kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah hari itu berlaku ketika Lee Man Long, 43 , dalam perjalanan dari arah Genting Highlands menuju Kuala Lumpur.

“Apabila tiba di tempat kejadian, motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kiri jalan sebelum merempuh tembok batu.

“Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohamad Mansor, mayat mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan adalah berpunca daripada penunggang yang gagal mengawal kenderaan dan terbabas,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain