Mangsa, Mohd. Faiz Ismail, 35, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian lehernya selepas motosikal jenis Yamaha R6 yang ditunggangnya bergesel dengan pembahagi jalan di tengah lebuh raya berkenaan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Zainudin Ahmad berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa yang beralamat di Rantau Panjang, Selangor dalam perjalanan dari arah Seremban menuju ke Port Dickson ketika kemalangan itu berlaku.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal berkuasa tinggi itu gagal mengawal kenderaannya lalu bergesel dengan pembahagi jalan di tengah lebuh raya itu,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE