Kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu berlaku ketika Putera Edy Nurazeraf Abd. Aziz, 33, dalam perjalanan dari arah Kampung Kubang Jela menuju ke Kampung Jeram, Manir.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Idris Abdul Rafar berkata, siasatan awal mendapati motosikal berkuasa tinggi itu terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar besi pembahagi jalan.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa parah di kepala selain putus tangan dipercayai akibat terkena besi pembahagi jalan,” katanya.

Mayat mangsa yang berasal dari Kampung Losong Haji Mohd. itu kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat. - UTUSAN ONLINE