Dalam kejadian berlaku pukul 3 petang itu, Amiruddin Alias, 35, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di anggota badannya.

Manakala seorang lagi mangsa, Muhammad Shaifuddin Zahriman dilaporkan parah menerima rawatan kecemasan di Hospital Kajang dekat sini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 3.05 petang sebelum tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian.

“Sebaik tiba dilokasi, pihak bomba mendapati kemalangan melibatan sebuah lori dan dua buah motosikal terbabas ke bawah lori dengan seorang daripada mereka dilaporkan meninggal dunia.

“Manakala seorang lagi mangsa mengalami cedera parah dan dihantar ke Hospital Kajang. Urusan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE