Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, mangsa, Celvin Inggol Ogos, 20, dan pemboncengnya, Domanick Ubong, 16, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, kema-langan tersebut melibatkan tiga motosikal, sebuah bas dan kereta.

“Kejadian ini dipercayai berlaku apabila mangsa maut cuba memotong dua motosikal rakannya di suatu selekoh namun hilang kawalan sebelum melanggar sebuah bas yang datang dari arah hadapan.

“Kedua mangsa kemudian dilanggar dua motosikal tadi dan sebuah kereta jenis Honda City dari arah sama,” katan-ya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pemandu bas dan kereta terlibat tidak mengalami kecederaan manakala dua lagi penunggang motosikal pula mengalami cedera ringan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE